Dixon's profile..::Avenue 299::..PhotosBlogListsMore ![]() | Help |
|
Thanks for visiting! Drop a few lines here!
ipwrote:
thummy, when i think of u, this is what i do; reading your blog to get updated, haha.
Jan. 10
|
..::Avenue 299::..July 02 Satu Siti, Satu KoleksiAgain, this blog would be in Malay...
Sepertimana yang anda tahu, saya telah menghadiri Konsert Eksklusif Satu Ahad lalu. Sebelum persembahan dimulakan, saya menunggu Ezwan dan kawannya, Yusri di lobi Istana Budaya. Untuk memeriahkan lagi suasana, pihak penganjur telah memperagakan beberapa pakaian yang pernah dipakai oleh Siti sebagai pameran. Sungguh cantik sekali. Tetapi saya rasa pakaian itu kelihatan berbeza semasa dipakai oleh patung dan Siti sendiri.
Pakaian ini dipakai semasa Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005.
Siti mengenakan busana hijau ini di Anugerah Era 2007 yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands.
Yang ini pula, Siti pakai ke Grammy Awards ke-49.
Pakaian yang dipakai semasa Anugerah Juala Lagu ke-22. Ini merupakan penampilan umum pertama Siti selepas bertudung.
Pakaian merah tersebut dikenakan di dalam Konsert 'Live' Siti Nurhaliza di Bukit Jalil pada tahun 1999.
Suasana Konsert Mega Siti Nurhaliza di Bukit Jalil pada tahun 2002 ini digamatkan dengan pakaian berlampu Siti pada permulaan persembahan. Pada masa itu, Siti digantung dan diterbangkan ke tengah pentas untuk menyanyi. Saya dan Ezwan juga ada di konsert tersebut. Saya mengenali seorang kawan baru di sana, Siti Juliana yang juga kawan Ezwan. Pengalaman konsert ini tidak dapat kami lupakan.
Siti memakai Baju Jalur Gemilang ini semasa Konsert Untukmu Sudir. Rasanya, baju ini diinspirasikan oleh baju Bendera Malaysia yang pernah dipakai oleh Sudirman dulu.
Busana putih yang anggun ini dipakai semasa persembahan pembuka tirai di Konsert Royal Albert Hall, London.
Busana merah bercorak ini pula dipakai di dalam konsert yang sama (Royal Albert Hall), semasa Siti menyanyikan lagu-lagu Irama Tradisional.
Tidak akan saya lupakan baju kurung kuning ini. Siti memakai baju kurung ini di dalam sidang akhbar yang diadakan di Zone on the Park apabila Siti mengumumkan lelaki pilihan hatinya. (Pedihnya hati...!)
Busana perkahwinan yang dipakai di dalam resepsi perkahwinan Siti. Siti menyanyikan lagu "Cahaya Cinta" pada masa itu. (Oh... pedih lagi hatiku...)
Saya rasa tidak keterlaluan jika dibuka sebuah muzium untuk menempatkan pakaian-pakaian Siti dan anugerah-anugerah yang telah dimenangi untuk dikongsi bersama peminat. (Tapi kalau sebuah saja, cukup tak?) July 01 SATU Siti Situ Sana SiniAllow me to blog about my experience in Konsert Eksklusif SATU in Malay...
Sememangnya satu persembahan bertaraf dunia! Inilah kata-kata komen yang saya berikan tentang Konsert Eksklusif Satu Dato' Siti Nurhaliza baru-baru ini. Saya menghadiri konsert hari terakhir yang berlangsung di Istana Budaya (IB) pada 26-28 Jun 2009. Ini merupakan kali pertama saya menyaksikan konsert di IB. Kawan baik saya, Ezwan dan rakannya, Yusri turut hadir.
Nombor tiket saya ialah G16 di Upper Circle 3, iaitu terletak pada tingkat 3, nun jauh di atas! Walaupun jauh, pemandangan ke atas pentas sungguh jelas dan tidak terhalang. Amat baik sekali! Pada hari tersebut, Tun Dr. Mahathir, Tun Siti Hasmah, Kris Dayanti dan Rossa duduk di tempat VIP.
Sebelum apa-apa, semua penonton diminta berdiri untuk menyanyikan lagu "Negaraku". Konsert dimulakan dengan persembahan pembuka tirai oleh Aizat AF5. Beliau memperdendangkan lagu hit beliau serta sebuah lagu Siti, "Engkau Bagaikan Permata".
Ezwan dan Yusri datang lewat. Tetapi sempat lagi untuk menyaksikan persembahan gempak Siti.
Lampu semua ditutup. Lampu cahaya di atas pentas mula dinyalakan mengikut tempo muzik. Siti tampil di atas pentas perlahan-lahan sambil menyampaikan lagu "Hati", diikuti lagu-lagu seterusnya. Pakaian yang dikenakan sungguh cantik. Baju pertama yang dipakai berwarna biru cair dan putih, dengan hiasan bebenang bulu.
Memandangkan pertunjukan kali ini bertemakan kisah hidup Siti sendiri, segmen pertama menampilkan lagu-lagu popular Siti yang mempopularkan Siti di industri muzik tanahair. Satu lagu dari setiap album.
Lagu-lagu yang dinyanyikan :
1) Hati
2) Seindah Biasa
3) Sutramaya
4) Jerat Percintaan
5) Aku Cinta Padamu
6) Purnama Merindu
7) Kau Kekasihku
8) Percayalah
9) Bukan Cinta Biasa
Selepas itu, segmen irama tradisional dimulakan. Kali ini, pakaian berwarna hijau gelap dikenakan bersertakan prop bingkai gambar yang besar yang disertakan dengan sebuah tangga yang besar di belakang.
Lagu-lagu yang dinyanyikan :
10) Cinta Ini
11) Cindai
12) Balqis
13) Nirmala
14) Bulan Yang Mesra
Irama pop rock juga tidak dilupakan. Lagu-lagu rancak dinyanyikan. Penyanyi-penyanyi latar menyanyikan lagu "Biarkan" sebelum Siti tampil dari pentas yang diangkat naik dari bawah. Pentas dihiasi bingkai-bingkai lampu kelip-kelip keemasan menyerupai pemandangan Las Vegas. Ezwan juga berpendapat begitu.
Lagu-lagu yang dinyanyikan :
15) Pendirianku
16) Pada Cintanya
17) Ku Mahu
18) Tanpa Dendam Di Hati
19) Dialah Di Hati
Sambil menikmati suara lunak Siti, saya meneliti dua orang penari berpakaian hitam berada di hujung pentas dengan sehelai kain yang luas berwarna merah terang. Tidak sangka itulah pakaian seterusnya yang akan dipakai oleh Siti. Sehelai kain besar digantung di tengah-tengah pentas sebagai pengadang dan Siti menyalin pakaian seterusnya di belakang kain. Sekejap sahaja, Siti tampil dengan fesyen baru, sepasang kimono. Lagu "Kurniaan Dalam Samaran" diperdendangkan. Siti mula berjalan menuju ke hadapan pentas. Kain merah tadi menjadi semakin panjang di belakang seakan-akan ekor panjang. Pemandangan ini mengingatkan saya pada filem "Memoirs of the Geisha". Sejurus selepas Siti berdiri di hadapan pentas, tingkat-tingkat pentas di belakang terangkat membentuk sebuah tangga yang besar. Ekor panjang tadi dinaikkan bersama, menjadikan pakaian kimono Siti seperti ekor merah yang besar dan cantik. Saya amat mengagumi plot ini. Tidak dapat saya lupakannya.
Lagu-lagu yang dinyanyikan :
20) Kurniaan Dalam Samaran
21) Mulanya Cinta (diselitkan dengan muzik alat tradisional Cina)
22) Debaran Cinta
23) Ku Milikmu (diselitkan dengan muzik lagu Beyonce)
24) Wanita
Kemudian, Siti menyanyikan lagu-lagu yang kurang dimainkan di corong radio tetapi sungguh bermakna dan diminati oleh para peminat dan ahli media.
Lagu-lagu yang dinyanyikan :
25) Bila Harus Memilih
26) Cuba Untuk Mengerti
Lagu seterusnya, "Biarlah Rahsia" mengingatkan saya pada senario apabila Siti mengadakan sidang media untuk mengumumkan lelaki pilihannya di The Zone on the Park beberapa tahun lepas sebelum Siti berkahwin. Masih segar lagi di ingatan. Lagu "Cahaya Cinta" pula mengingatkan saya pada perkahwinan beliau yang dilangsungkan di KLCC. Itulah "Wedding of the Year" pada tahun 2006. Pada masa itu, banyak jenis kata-kata tohmahan dilontarkan kepada penyanyi ini. Kata-kata manis sungguh sedikit. Tetapi Siti melaluinya dengan penuh keyakinan dan tabah. Ini yang menambahkan minat saya terhadap beliau. Tidak mudah ditumbangkan.
Lagu-lagu yang dinyanyikan :
27) Biarlah Rahsia
28) Cahaya Cinta
Sambil menyanyikan lagu "Cahaya Cinta", pentas mengangkat naik Siti ke tiga peringkat anak tangga. Kemudian, dua buah anak tangga besi ditolak keluar dari kedua-dua sisi. Siti menuruni anak tangga besi tersebut sambil menyanyikan lagu "Siti Situ Sana Sini". Pakaian seterusnya diinspirasikan oleh pakaian seragam tentera/polis. Mungkin sebab arwah bapa Siti seorang polis, maka Siti sering terpengaruh dengan ciri-ciri anggota disiplin ini.
Lagu-lagu yang dinyanyikan :
29) Siti Situ Sana Sini
30) Destinasi Cinta
Akhir sekali, Siti tampil dengan busana yang paling anggun pada malam tersebut. Sungguh sesuai dengan lagu yang didendangkan. Lagu "Di Taman Teman" diselitkan dengan irama muzik tradisional kaum India dengan penarinya menyusunkan langkah-langkah tarian India dalam persembahan mereka.
(Thanks Ezwan for this picture)
Lagu terakhir :
31) Di Taman Teman
Konsert berakhir dengan penyampaian cek kepada badan kebajikan yang terlibat.
Saya amat mengagumi keseluruhan persembahan Siti dalam konsert ini. Bukan sahaja suara merdu beliau, malah gerak tari dan susunatur keseluruhan konsert sangat baik. Sistem bunyi konsert ini sungguh baik dan mendapat pujian daripada saya dan Ezwan. Tetapi satu tanda tanya yang sering bermain di fikiran saya. "Kenapa sikit sangat penari eh?"
*Gambar-gambar Persembahan Dato' Siti Nurhaliza oleh SAMUEL ONG dari The Star June 27 Launching of BestFoodJunction.comMein and I attended the launching of BFJ.com. After driving to Royale Bintang Hotel in Damansara, The Curve on 25 June 2009, we head to the Tiara Rini Ballroom to register. After that, we were given a goodies bag each. Basically, BFJ.com is a website where you can find all about food and restaurants, mostly around Klang Valley and Selangor. There were already a large group of crowd, wandering around, eating and munching away... Haha! Food sampling mah... What more? Mein and I started our 'adventure' as well, hunting for some good food to eat. Though not served in big portion, there number of types of food is enough to fill us up!
There were a few stalls opened in the launching ceremony, giving out free food samplings and one on coffee demonstration. Spaghetti, Yaki-yaki charcoal BBQ sticks, cakes and pastries from Zen, New Zealand Natural's ice cream and etc... There's also music performance by a band... Digging into our goodies bag, the thing I liked the most are the magazines and also a wristband watch. But mine is spoilt at the button. *sad* :"(
June 23 Website Review : Waahhh.comEverything everyone wants! Basically this is how I describe this portal. It is a point where you can find generally everything of all topics, like travel, food, jokes, gadgets, automobiles, shopping and many more.
I find this portal more versatile in their travel section. Most likely because you can find a lot of wonders here. First of all, you can search for travel packages here. Then, you can also get the latest foreign exchange rate and weather here.
For frequent travelers, you don’t have to visit each individual airline website now to book your tickets. What you can do is just click to this portal and purchase them here! Well, to my surprise, they are linked to 5 different airlines – Air Asia, MAS, Firefly, Jet Star and Tiger Airways.
Besides that, this portal also gathers informative details of food! I mean, who doesn't like to eat? Whenever you thought of food, this site may be an alternative for suggestions of food.
Also find out the latest information on electronic gadgets and automobiles. Be the first few to know up-to-date trendsetters in the technology and cars industry.
There are more that you can get from this site. I know that they are still fresh and working very hard to provide more interest services to Web 2.0 users like us. I'm sure improvements are on the way. Let's keep our fingers crossed!
In a nutshell, I think this site has its essence and idea with spacious of rooms for improvement. Jacob's Walk of Life 2009 - Havoc!We went to the Jacob's Walk of Life and it's our first time participating after their third time organizing this event last Sunday morning (21 June 09) which coincide with Fathers' Day. It's in Taman Metropolitan, Kepong (somewhere near Baru Caves)... There were a lot of people there joining this event. (Reported 5,000 people worr...)
There are too many things that the organiser must take note. Since this is NOT their first time organizing such event, it was a total mess since the beginning.
1) Parking - we were not allowed to park at the parking lots in the park. We had to park outside along the highway, which was so dangerous for people to walk from their cars to the event venue. No proper signage indicating where else we can park.
2) On-the-spot Registration - We wanted to register online earlier but the registration was closed very much earlier and the organiser asked us to register on-the-spot, which I thought should be ok. However, the large crowd which turned up wholly "attacked" the registration counter and the organizer did not manage to handle such big crowd in a proper manner. No one was queuing up although being told to which ended up having some of the crew screaming madly at the crowd asking them to queue.
3) Distribution of drinks - There were no distribution of drinks before the end of the event. Although they have a mineral water sponsor but they only sponsored one bottle for each participant which was only given out by the very end of the walk.
4) Distribution of freebies/ goodie bags - We had to "queue up" again to get our goodie bags. Eventually, everyone was not queuing up but pushing and jostling each other to make it to the front line to get the bags. This again had provoked the crew and made them scream again. It was such a bad mess.
Tips to the crew/ organiser : If you want to organise such event next time, you may want to refer to how MAKNA/Tesco did last year for their walk. Everything was well-handled and no one was screaming.
Aside from all those havoc, we did enjoyed ourselves walking in the park and taking photos with the mascots of Jacob's. (My favourites were the biscuit tins! Cute!!!) We also saw Fara Fauzana & Faizal Ismail (Hot FM) and Gan Mei Yan & Jack Lim (MYFM) who were "duta" (spokeperson) of Jacob's Walk of Life.
|
|
|||
|
|